Wednesday, July 3, 2019

KEMPEN MISI AYUH CEGAH DENGGI(PENGEDARAN RISALAH KEPADA PERMIS PERNIAGAAN DAN STESEN MINYAK PETRONAS)

RABU 3 JULAI 2019 Squad Dengue Patrol Sk Tanjung Batu Bintulu telah mengadakan aktiviti Pengedaran risalah tentang denggi kepada pekerja dan penduduk setempat di kawasan permis perniagaan (KFC, DIY. pasar tamu dan salon) dan stesen minyak Petronas. Seramai 2 orang guru dan 10 orang murid terlibat

Gambar gambar di bawah menunjukan Kempen Misi Cegah Denggi(Pengedaran Risalah Kepada Permis Perniagaan dan Stesen minyak Petronas :-
























Video Kempen Misi Cegah Denggi di Pemis Perniagaan Dan Stesen MInyak Petronas


GOTONG ROYONG GANYANG AEDES 2.0

RABU 3 JULAI 2019 Program Gotong Royong Ganyang Aedes 2.0 bersama Squad Dengue Patrol Sk Tanjung Batu Bintulu yang telah diadakan di luar kawasan sekolah dan laluan jalan pejalan kaki murid menuju ke kawasan perumahan(pergi dan balik sekolah) telah dihadiri seramai 20 murid 2 guru merangkumi.

Program ini bertujuan Untuk:-
1. Menghapuskan kawasan tempat pembiakkan nyamuk aedes di pesekitaran sekolah.
2. Memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga kawasan persekitaran supaya bebas daripada
    nyamuk aedes.
3. Memberi pengetahuan kepada murid mengenai bahayanya nyamuk aedes dan demam denggi.


Gambar gambar di bawah menunjukan Program Gotong-Royong Ganyang Aedes 2.0
dilaksanakan:-





















Video Gotong-Royong Ganyang Aedes 2.0

Tuesday, June 25, 2019

MESYUARAT PENGELOLAAN BINTULU DENGUE RUN 2019



SELASA  25 JUN 2019 Dengue Patrol Sk Tanjung Batu Bintulu telah mengadakan mesyuarat pengelolaan Bintulu Dengue Run 2019 yang dipengurusikan oleh Cikgu Lee Che Fan. Mesyuarat turut dihadiri oleh Inspektor Mohd Fazar bin Dullah Ketua Bahagian Sumber Strategik dan Teknologi Daerah (StaRT) dan YDP Sk Tanjung Batu Bintulu Puan Sandra Tutong.

Gambar di bawah menunjukkan Mesyuarat Dengue Run 2019 bersama Inspektor Mohd Fazar bin Dullah dan Puan Sandra Tutong :-







Thursday, June 20, 2019

MAJLIS GAWAI RAYA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BINTULU 2019

RABU 19 JUN 2019 Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu telah mengadakan Majlis Gawai Raya 2019
di Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu yang dirasmikan oleh Encik Yusup Bin Hj.Harbi Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu bersama dengan tetamu Encik Wan Nor Azman Penolong Pengarah Kanan  Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dari Jabatan Pendidikan Daerah Kedah.Turut Serta Encik Ali Abdul Rahman Penolong Pengarah ,Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bersama Encik Abg Mohd Shukri bin Abg Muiz Penyelia Kumpulan Suruhanjaya Perkhdmatan Pelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Turut hadir Pengetua/Guru Besar:-

Cikgu Ananthan A/L Subramaniam-Smk Bintulu
Cikgu Hajah Dayang Latifah Binti Awang Sam- Sk Agama
Cikgu Arbah Binti Tusin-Sk Asyakirin
Cikgu Jelenie Ak Chuat @Caroline- Sk Kpg Baru
Cikgu Mordiana Binti Amir- Sk Org Kaya Mohammad
Cikgu Francis Dampa- Sk St. Anthony
Cikgu Paul Anak Jarum- Sk Sg Kem Batu 18
Cikgu Francis Anak Jalak- Sk Sg Setiam
Cikgu Shinny Anak Menang- Sk Sungai Setulan
Cikgu Boniface Anak Jonathan Paun- Sk Sg Silas
Cikgu Tie Moi Hie- Sjk Chung Hua
Cikgu Siew Kwong Sing- Sjk Sebiew Chinese
Cikgu Chin Boon Shin- Sjk Kai Ming

Seribu penghargaan dan ucapan terima kasih keranatelah memberi sokongan kepada sekolah kami,Sk Tanjung Batu di dalam menjalankan Program Misi Cegah Denggi semasa Majlis Gawai Raya di Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu

Gambar di bawak menunjukkan para tetamu yang hadir sedang memegang risalah Misi Gempur Denggi Sk Tanjung Batu sebagai tanda sokongan kepada sekolah;-

Keratan akhbar Sin Chew Daily: Majlis Gawai Raya di Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu


Gambar Tetamu yg hadir Majlis Gawai Raya memegang risalah Misi Cegah Denggi Sk Tanjung Batu





























Video Majlis Gawai Raya Ppd Bintulu 2019